Showing posts with label kmovie. Show all posts
Showing posts with label kmovie. Show all posts

November 15, 2012

As One Korean Movie

Salam semua..


As One merupakan filem adaptasi daripada cerita sebenar yang berlaku ketika Kejohanan Ping Pong Dunia pada tahun 1991.Barisan pelakon yang popular iaitu Ha Ji Won sebagai Hyun Jung Hwa dan Bae Doona sebagai Lee Bun Hui.

Pada tahun 1991,Korea Selatan dan Korea Utara buat pertama kalinya bergabung sebagai satu negara yang dikenali sebagai Korea untuk Kejohanan Bola Sepak dan Ping Pong Dunia. Pada mulanya,mereka enggan untuk bergabung kerana mempunyai personaliti yang berbeza antara negara tersebut. Tetapi untuk mengharumkan nama negara,mereka bergabung menjadi satu negara yang akhirnya mengharumkan nama Korea pada tahun tersebut.



Spoiler 

June 26, 2012

Introduction to Architecture Korean Movie

Salam semua...

 

Movie Korea 2012 yang paling hot sekarang ni.Super romantik dan barisan pelakon yang popular. Movie ini telah ditayangkan pada bulan 3 yang lalu di Korea Selatan dan mendapat box office tertinggi untuk tahun 2012.

Untuk peminat drama korea,siapa yang tak tahu barisan pelakon yang hebat ni.Mereka ialah Uhm Tae Woong, Han Ga In, Bae Suzy dan Lee Je Hoon.Mereka ni semua pelakon yang berbakat. Dan tak sah kalau pelakon yang gempak berlakon dalam filem yang hebat. 


Tak tahulah macam mana penulis skrip tu dapat idea movie ni tapi memang superb olahan movie ni.Untuk pengetahuan korang,movie korea agak pelik jalan ceritanya.Dalam movie ni,korang boleh tengok love story antara remaja dan orang dewasa.

 
Cantik Suzy

May 8, 2012

Mama Korean Movie

Salam semua...


Tajuk movie ni Mama dan movie ni mengisahkan tentang 3 kisah yang berlainan tetapi mengenai ibu mereka. Movie ni ditayangkan pada tahun 2011.Dalam 3 kisah ni yang paling sedih tentang budak kecil dengan mak dia. (Gambar sebelah kiri sekali).Budak kecil tu memang pandai berlakon sebab memang sedih.



April 3, 2012

Going by The Book Korean Movie

Salam semua...


Movie ni dah lama pun keluar tapi aku baru nak kongsi dengan korang sebab cerita ni sangat menarik.Filem ni tentang seorang polis lelaki yang sangat mengikut peraturan.Bila ada simulasi kes rompakan,polis tersebut diberikan tugasan untuk menjadi perompak.Polis tu pun sanggup belajar untuk menjadi seorang perompak yang berjaya.


December 3, 2011

Sad Movie Korean Movie

Salam semua...

Sad Movie mengisahkan tentang 4 kisah yang berlainan tetapi semuanya menceritakan tentang perpisahan dengan orang yang mereka sayangi.Setiap kisah mempunyai jalan cerita yang menarik. Filem ni ditayangkan pada tahun 2005.


Filem ni dibintangi barisan pelakon yang popular seperti Jeong Woo Seong dalam drama Athena Goddess of War,Shin Min Ah dalam drama My Girlfriend is Gumiho, Im Soo Jeong dalam drama Sorry I Love You dan Lee Ki Woo dalam drama Flower Boy Ramyun Shop.



Antara 4 cerita dalam movie ni,yang paling best aku rasa pasangan yang heroin bisu dan hero pulak seorang pelukis.Mereka kenal dekat taman tema. Tapi cerita yang lain pun boleh tahan sedih jugak. Nama pun Sad Movie,siapa yang tak sedih tengok movie ni,memang keras hati dia sebab cerita pasal emak dengan anak pun ada jugak.

 Pasangan best dalam movie ni

October 17, 2011

Detective in 40 minutes Korean Movie

Salam semua...

Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar yang mati disekolah ketika rakan sekelasnya pergi ke padang untuk pendidikan jasmani.2 orang pelajar dari kelasnya membuat keputusan untuk menyiasat siapakah pembunuh sebelum masa pendidikan jasmani tamat.


Lakonan Yoo Seung Hoo dari drama God of Study dan Kang So Ra yang kini menyertai We Got Married.Filem ni bergenre thriller dan misteri dan ditayangkan di panggung wayang pada tahun 2009. Tajuk lain bagi filem ini 4th Period Murderer Mystery.

May 24, 2011

Korean Movie : The Way Home

Salam semua...


Filem The Way Home ni merupakan sebuah filem .Filem ini mengisahkan tentang seorang nenek yang tinggal jauh di pedalaman dan mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal dibandar.Anak perempuannya telah menghantar anaknya kepada neneknya untuk dijaga buat sementara waktu.Neneknya merupakan seorang yang bongkok,mempunyai masalah pendengaran dan mempunyai penyakit osteoporosis.

Pada mulanya,cucunya merupakan seorang budak yang tidak menghormati neneknya.Disebabkan neneknya yang tidak tahu mengenai dunia moden,dia selalu mengejek neneknya.Walaupun diejek,dikenakan oleh cucunya,dia tetap bersabar dan melayan cucunya dengan baik sekali.Melihat pengorbanan neneknya terhadapnya,dia mula belajar tentang cinta,sifat tidak mementingkan diri sendiri,berbuat baik kepada orang lain.

disebabkan osteoporosis,neneknya tidak dapat memasukkan benang ke dalam jarum.Pada mulanya,dia merengek kerana selalu disuruh memasukkan benang.

May 19, 2011

Korean Movie : Death Bell 2: Blood Camp

Salam semua...


Death Bell 2 merupakan filem seram Korea yang menggandingkan barisan pelakon-pelakon muda yang hebat.Filem ni bukan sequel kepada Death Bell.Untuk sesiapa yang tak tahu,filem ni memang nampak macam filem hantu,tapi sebenarnya bukan cerita pasal hantu.

Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar perempuan yang mati disekolah.Pelajar perempuan tersebut mempunyai kakak tiri dan sering dihantui oleh adik tirinya.Kakak tirinya dan rakan yang lain pergi ke sekolah untuk menghadiri kem sempena ujian untuk masuk ke universiti.Di situ bermula kejadian ngeri dimana setiap seorang daripada rakannya dibunuh dengan kejam.

Banyak pelakon-pelakon reamaja hebat yang berlakon dalam filem ni.Antaranya Jiyeon dari T-ara.Hero drama Bakery Kim Tak Gu.Hero dalam Smile Dong Hae.

Jiyeon as Se Hee

Yoon Si Yoon as Gwan Woo

Ji Chang Wook as Soo Il

Filem ni pun macam drama Jungle Fish 2 jugak filem ni ada mesej tersirat yang nak disampaikan iaitu masalah rasuah yang berlaku.Apabila keadilan tidak dapat ditegakkan kerana rasuah yang berleluasa.Mesej tersebut dapat sampai walaupun dalam filem bergenre seram ni.


March 26, 2011

Postman to Heaven : Korean film

Salam semua...


Filem ni ditayangkan pada tahun 2009 dan filem ni genre fantasy dan melodrama.Filem ni menceritakan tentang Shin Jae Joon [Jaejoong] merupakan orang yang bertanggungjawab menghantar surat-surat ke syurga.Dia bertemu dengan Jo Hana [Han Hyo Joo] sewaktu hendak mengambil surat.Yang menarik tentang filem ni,Jae Joon iaitu hero filem ni hanya boleh dilihat oleh orang berada dalam kesedihan akibat kematian seseorang,ketika itu,Hana boleh melihat Jae Joon sebab dia sedih akan kepergian bekas kekasih.