Sad Movie Korean Movie

Salam semua...

Sad Movie mengisahkan tentang 4 kisah yang berlainan tetapi semuanya menceritakan tentang perpisahan dengan orang yang mereka sayangi.Setiap kisah mempunyai jalan cerita yang menarik. Filem ni ditayangkan pada tahun 2005.


Filem ni dibintangi barisan pelakon yang popular seperti Jeong Woo Seong dalam drama Athena Goddess of War,Shin Min Ah dalam drama My Girlfriend is Gumiho, Im Soo Jeong dalam drama Sorry I Love You dan Lee Ki Woo dalam drama Flower Boy Ramyun Shop.



Antara 4 cerita dalam movie ni,yang paling best aku rasa pasangan yang heroin bisu dan hero pulak seorang pelukis.Mereka kenal dekat taman tema. Tapi cerita yang lain pun boleh tahan sedih jugak. Nama pun Sad Movie,siapa yang tak sedih tengok movie ni,memang keras hati dia sebab cerita pasal emak dengan anak pun ada jugak.

 Pasangan best dalam movie ni

Lambat sikit update pasal movie korea ni sebab susah nak cari yang ada subtitle,ni pun kawan yang bagi.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Good Daughter, Hana Korean Drama