Jungle Fish 2 : Korean Drama

Salam semua...


Drama Jungle Fish 2 ini merupakan drama dari saluran KBS dan juga pernah di tayangkan di Astro KBS World saluran 391.Terdapat 8 episod sahaja untuk drama ini dan mengisahkan tentang pelajar sekolah yang membunuh diri.Apa yang menarik tentang drama ini adalah tentang persahabatan antara 6 rakan karib dan masing-masing mempunyai ID untuk dipanggil.Kiranya gelaranlah.

Drama ini mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan,Baek Hyo An yang membunuh diri.Rakan karibnya membuat keputusan untuk menyiasat sebab dia membunuh diri.Drama ini memaparkan tentang masalah sosial semasa dalam kalangan pelajar sekolah,masalah keluarga,kehamilan dan masalah sistem pendidikan.

Hong Jong Hyun sebagai Min Ho Soo 
ID : stranger_a

Park Ji Yeon sebagai Seo Yool
ID : bluepill

Lee Joon sebagai Ahn Ba Woo
ID : cinderellaman
Shin So Sool sebagai Lee Ra Yi
ID : Indiedol

Kim Bo Ra sebagai Yoo Gong Ji
ID : BloodyMandoo


Han Ji Woo sebagai Baek Hyo An
ID : Jungle Fish

Memang best drama ni sebab drama ni bukan meletakkan percintaan sebagai plot cerita tapi masalah yang berlaku sekarang.Kita boleh tengok macam mana seseorang tu kena buang sekolah akibat mengandung,sistem organisasi sekolah yang teruk dan macam-macam lagi.Bagi sesiapa yang tak tahu,kes pembunuhan diri memang dah biasa.Purata orang Korea setiap hari,ada je kes kematian yang melibatkan kes bunuh diri.Dan drama ni menunjukkan betapa pantasnya teknologi dalam menyebarkan maklumat,sebab drama ni banyak mengunakan teknologi seperti internet,smartphone.

Pelakon drama ni pun agak mantap.Ada Lee Joon dari MBLAQ,Park Ji Yeon dari T-ara dan juga pernah berlakon dalam Master of Study.Drama ni pun dah di adaptasi kepada filem dan sudah pun ditayangkan tapi syuk belum sempat tengok lagi.




Pesanan ringkas.Drama wajib tonton bagi penggemar drama korea..

Comments

  1. x penah tgok g ni.. t nk usha2 kbs world~ heheheh...

    ReplyDelete
  2. senyumsoya..mesti tgk drama ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Only Love Korean Drama