May 19, 2011

Korean Movie : Death Bell 2: Blood Camp

Salam semua...


Death Bell 2 merupakan filem seram Korea yang menggandingkan barisan pelakon-pelakon muda yang hebat.Filem ni bukan sequel kepada Death Bell.Untuk sesiapa yang tak tahu,filem ni memang nampak macam filem hantu,tapi sebenarnya bukan cerita pasal hantu.

Filem ini menceritakan tentang seorang pelajar perempuan yang mati disekolah.Pelajar perempuan tersebut mempunyai kakak tiri dan sering dihantui oleh adik tirinya.Kakak tirinya dan rakan yang lain pergi ke sekolah untuk menghadiri kem sempena ujian untuk masuk ke universiti.Di situ bermula kejadian ngeri dimana setiap seorang daripada rakannya dibunuh dengan kejam.

Banyak pelakon-pelakon reamaja hebat yang berlakon dalam filem ni.Antaranya Jiyeon dari T-ara.Hero drama Bakery Kim Tak Gu.Hero dalam Smile Dong Hae.

Jiyeon as Se Hee

Yoon Si Yoon as Gwan Woo

Ji Chang Wook as Soo Il

Filem ni pun macam drama Jungle Fish 2 jugak filem ni ada mesej tersirat yang nak disampaikan iaitu masalah rasuah yang berlaku.Apabila keadilan tidak dapat ditegakkan kerana rasuah yang berleluasa.Mesej tersebut dapat sampai walaupun dalam filem bergenre seram ni.


No comments:

Post a Comment