Drama ni daripada syarikat SBS dan akan ditayangkan di Channel One HD.Drama ni ada 16 episode kesemuanya dan untuk rating pulak,tak berapa nak tinggi,dalam purata tempat ke 8.Tapi bila tengok trailer untuk drama ni dekat channel One dan baca sinopsis,rasa macam gempak pulak cerita ni.
49 Days ni menceritakan tentang seorang wanita,Shin Ji-Hyun yang terlibat dengan kemalangan.Lebih teruk lagi,perkahwinan dia semakin hampir.Untuk pulih kembali dari kemalangan tersebut,Death Scheduler telah memberi masa 49 hari untuk dia mencari 3 orang[selain daripada keluarga] yang boleh menangis secara ikhlas untuk dia.
Lee Yo Won sebagai Song Yi Kyung [peminjam badan untuk roh Shin Ji Hyun]
Nam Gyu Ri sebagai Shin Ji Hyun
Jo Hyeon Jae sebagai Han Kang[cinta pertama Shin Ji Hyun]
Bae Su Bin sebagai Kang Min Ho [tunang Shin Ji Hyun]
Jeong Il Woo sebagai Song Yi Soo [Death Scheduler]
Seo Ji Hye sebagai Shin Eun Jung [ kawan baik Shin Ji Hyun]
Yang menariknya,siapa yang akan menangis untuk Shin Ji Hyun,adakah cinta pertamanya,tunangnya atau kawan baiknya?Itulah yang membuatkan syuk nak tengok cerita ni,sebab drama ni fantasi.Menarik.
Diantara trailer...
Untuk channel One HD,drama ni akan start pada 25 April kalau tak silap.Syuk belum ada kesempatan nak tengok tapi rasanya mesti best.
nak tgk la nnt
ReplyDelete