April 4, 2011

Datuk Siti Nurhaliza pun nyanyi lagu Nobody:Korea!!!

Salam semua...


Anugerah Bintang Popular Harian 2010 baru sahaja melabuhkan tirainya dan Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2010.Dengan berbekalkan filem yang meletup iaitu Adnan Sempit,dia telah diundi sebanyak 100000+.Memang dia layak menang dan Penyanyi Wanita Popular yang selama ini dipegang oleh Datuk Siti Nurhaliza kini untuk pertama kali diberikan kepada Yuna.

Okay.Berbalik kepada topik.Syuk memang dah agak Datuk Siti Nurhaliza mesti buat persembahan punya.Membuat persembahan untuk penutup rancangan tersebut,Datuk Siti telah membuat kelainan dalam persembahan beliau.Daripada lagu balada Bukan Cinta Biasa ditukarkan kepada rentak pop dan ditambah dengan lagu hit kumpulan korea, Wonder Girls iaitu Nobody dihujung lagu tersebut.Ditukar juga rentak lagu Nirmala daripada etnik kreatif kepada pop.Memang menarik persembahan beliau.



Masa Datuk Siti buat persembahan lagu Bukan Cinta Biasa tu,syuk perasan ada tarian lagu Nobody sikit.Ingatkan memang saja ditambah dalam persembahan tu,tengok-tengok lastly lagu Nobody keluar.Memang tak sangka.Bertapa kuatnya tempias korean wave ni dekat Malaysia sampai penyanyi nombor 1 negara pun boleh ikut.

Untuk sesiapa yang tak dapat tengok,jom tengok sini.

 

By the way,Lisa Surihani pun menang!!!

2 comments:

  1. suka sgt persembahan Dato'ct..best...!!!

    ReplyDelete
  2. hahaaa..lagu dream high kan kan..;p
    komen takde kena mengena ngan entri!haha


    yay..lisa surihani..GOO! ;P

    ReplyDelete