May 14, 2011

2AM group Korea : Berita Kosmo!

Salam semua...

Memang ketara kebelakangan ni sebab banyak akhbar kat Malaysia ni dah mula buat artikel tentang artis Korea.Kumpulan dari Korea Selatan yang berada dibawah naungan JYP Entertainment akan membuat konsert pada 21 Mei 2011 ini di Malaysia.Walaupun mereka ni banyak mengeluarkan lagu-lagu balada tetapi bukan je orang Korea mendengar lagu mereka malah orang luar negara pun layan lagu-lagu 2AM termasuklah rakyat Malaysia yang suka K-pop.Sebab tu ada konsert 2AM dekat Malaysia.Konsert yang akan diadakan ini dibawah Digi Kpop Live dimana sebelum ni mereka ada jugak mengadakan konsert kpop.

Nak baca berita selanjutnya tentang 2AM sila klik KOSMO..

Untuk sesiapa yang tak tahu 2AM,mereka ni mempunyai 4 orang anggota yang terdiri daripada JoKwon,Seulong,Changmin dan JinWoon.Antara 4 ni,yang paling famous adalah JoKwon sebab dia pernah menyertai rancangan yang popular di Korea iaitu We Got Married dan Seulong pula pernah berlakon dalam drama Personal Taste.

Lagu mereka pernah dinobatkan sebagai lagu terbaik tahun 2010 iaitu lagu Can't Let You Go Even If I Die.


Lagu didalam album terbaru mereka...





Untuk sesiapa yang pergi nanti konsert 2AM,kongsi-kongsilah gambar atau video kat konsert ye. =]

1 comment: