Salam semua..
Semenjak ni ramai je yang buat entry tentang k-pop,mungkin disebabkan kewujudan 2 kumpulan yang mendapat jolokan artis k-pop Malaysia atau m-pop.Tapi k-pop pun terkena tempias.Ada yang memuji dan ada juga yang mengutuk muzik yang berasal daripada Korea Selatan tersebut.Mungkin disebabkan ada artis Malaysia yang mengikut budaya k-pop dan mendapat perhatian oleh orang Malaysia.Untuk sesiapa yang tak tahu lagi k-pop tu singkatan bagi korean pop.K-pop ni mula naik popularitinya apabila Korean Wave mendapat perhatian dari seluruh pelusuk dunia termasuk dari negara Barat sendiri.
Rasanya tak salah kalau k-pop ni sekarang boleh dibandingkan dengan lagu-lagu dari Hollywood.Buktinya orang Barat pun menerima kpop dan kita boleh dilihat bertapa berjayanya k-pop ni sendiri apabila Wonder Girls merupakan artis Korea pertama yang mendapat tempat dalam carta Billboard Hot 100 dan album Big Bang terbaru Tonight merupakan satu-satunya album bukan English yang berjaya masuk dalam carta iTunes.Artis-artis yang terkenal dari Barat seperti Will.I.Am [Black Eyed Peas] dan Kanye West pun berganding bahu untuk menjayakan album k-pop.
Sedikit video dari peminat k-pop di seluruh dunia.
Australia
America
Ternyata k-pop ni sudah merebak di negara-negara lain jugakkan.Kalau orang Barat pun dah tiru orang Asia memang nampak gah insutri muzik Korea Selatan ni.Tapi kenapa k-pop ni sekarang menjadi pilihan reamaja zaman sekarang dan kenapa k-pop ni boleh meningkat popularitinya?
Pertama
Disebabkan muzik yang rancak dan persembahan yang bertenaga dan keselarian tarian antara ahli kumpulan.Memang tak dinafikan kalau kita tengok persembahan artis k-pop sangat menarik terutama apabila tarian yang susah dibawa dengan sempurna.
Kedua
Kualiti dan kuantiti.Memang tak dinafikan artis-artis kpop majoriti berkumpulan.Walaupun bergerak dalam kumpulan yang ramai tetapi mereka dapat mengekalkan kualiti persembahan.Buktinya artis-artis kpop yang popular seperti Wonder Girls,Girls Generation,Super Junior dll mempunyai jutaan peminat.Sebelum mereka bergelar artis mereka telah dilatih untuk beberapa tahun supaya menjadi yang berkualiti.Tapi tak dinafikan juga ada artis kpop yang menjadi artis 'mee segera'.
Ketiga
Syarikat naungan.Kebanyakkan artis yang popular berada dibawah naungan syarikat yang hebat.Contohnya,Wonder Girls sendiri berada dibawah naungan JYP Entertainment dimana Rain juga dibawah syarikat yang sama.JYP Entertainment merupakan antara syarikat rakaman gergasi di Korea Selatan dan mempunyai 2 anak syarikat di Amerika dan Cina.
Keempat
Carta siaran langsung.Untuk pengetahuan semua,saluran yang ternama seperti KBS,SBS dan MBC di Korea Selatan mempunyai satu carta dan artis kpop membuat persembahan pada setiap minggu secara langsung.Ini merupakan salah satu kelaianan dari mana-mana carta muzik.
Cukup tak nak membuktikan kenapa kpop ni semakin popular dekat seluruh dunia.
Bukannya kpop ni bagus sangat,setiap perkara tu mesti ada yang cacat cela.Ada jugak yang buruk tentang kpop ni contohnya pakaian mereka selalu jugak menjolok mata orang yang melihat.
TAPI....
Kalau ada lagi yang masih yang tak dapat terima kpop, sekurang-kurangnya terimalah perkara-perkara yang lain dari negara tersebut.Nak sebut sikit Seoul merupakan ibu negara Korea Selatan dan merupakan antara bandar metropolitan yang terbesar di dunia.Di Korea juga mempunyai internet berkelajuan tinggi di dunia.Kalah Tokyo ataupun Amerika.Jenama Samsung,LG,Hyundai juga merupakan antara jenama yang mendapat perhatian dunia dan datang dari Korea Selatan.
Tak semestinya kalau kita tak minat sesuatu tu kita tak minat secara keseluruhannyakan.Jadi,paling tidak pun tengoklah Korea Selatan sebagai sebuah negara yang mampu berdaya saing dari segi ekonomi mahu pun dari segi industrinya..
p/s : this is what that i saw why kpop can become popular all over the world and i didn't only see kpop but i also see a South Korea as successful country in terms of development.economy and music industry..
mestilah.. kpop kan tgh hangat skarang nieyy..ade jugak yg buat entri pasal diorang sebab diorang tgh tak thu nk buat post tentang pee..idea tak muncul mcm liya..
ReplyDeleteSaya memang setuju lah dengan contoh2 yang diberikan. Tapi artis tempatan yg tak boleh terima kenyataan yang K-Pop ni lagi diminati di kalangan remaja. Ye lah, remaja kan sumber pendapatan utama.
ReplyDeletesangat setuju dan like entri ni !
ReplyDeleteblh kenal artis dan lagu berdasarkan tarian..itule kelebihan kpop
ReplyDeletekalau dulu kita disajikan dengan kumpulan n'syn, boyzone, destiny child,backstreet boyz yang menjadi kegilaan ramai. Mungkinkan dengan terbubarnya dan kurangnya boy and girlz grup seperti ni di barat serba sedikit mendorong peminat beralih pada k-pop?Just guessing..^^
ReplyDeletemase zaman kegemilangan maher zain, aku suka giler dan aku harap akan kekal lama, tapi skarang...buat aku jadi gila dgr lagu yg aku x paham kat laptop adik aku...cam sial
ReplyDeletekite tengok je bape lame kpop bole bertahan..maher zain kalau keluar album baru tu mesti laku lagi..
Delete-tak paham search je maksud lagu tu- [kalo xde keje]