May 28, 2011

50 reasons why Seoul is the world's greatest city!!!

Salam semua...

Seoul merupakan ibu negara bagi Korea Selatan dan untuk pengetahuan semua telah menjadi tempat pilihan kegemaran bagi pelancong-pelancong Asia untuk 3 tahun berturut-turut.Apa yang menyebabkan Seoul menjadi tempat pilihan mereka,ada 50 sebab dan mari kita lihat sebab-sebabnya.[disebabkan terlalu banyak,jadi syuk akan pilih yang mana terbaik]

50.Dari medan perang kepada medan pasaran
Walaupun Korea Selatan musnah disebabkan Korean War 50 tahun yang lalu tapi sekarang menjadi 10 bandar yang berkuasa dalam ekonomi dan mejadi bandar metropolitan kedua yang terbesar di dunia.


49.Hidangan sampingan lebih banyak dari hidangan utama
Contohnya,kalau di Malaysia.Hidangan utama ikan 3 rasa dan hidangan sampingan sayur kailan.Kalau di Korea,hidangan sampingan lagi banyak seperti kimchi.



48.Bandar yang paling ber"wireless"
Di bandar Seoul,orang tidak dapat mengelak dari internet wireless kerana 95% rumah di Seoul mempunyai internet broadband.

47.Lapangan terbang terbaik di dunia
Menjadi lapangan terbang terbaik didunia oleh Airport Council International.






45.Bandar 24 jam
Cafe,restaurant,spa,pusat beli belah dibuka 24 jam sehari.Memang hidup sahaja bandar tersebut.



43 & 42.Wanita cantik dan jejaka kacak
Walaupun negara mereka terkenal dengan tempat pembedahan plastik yang moden,tapi ada juga yang cantik semula jadi.


38.Bilik belajar 24 jam
Bilik belajar disediakan selama 24 jam sehari yang memberikan persekitaran yang selesa dan senyap.Bilik tersebut dibahagikan dan boleh di sewa serendah 7000 won sehari

37.Puteri Ais,Kim Yuna
Menjadi Korean Sweetheart apabila mengharumkan nama negara di Sukan Olimpik kerana memenangi pingat emas di Beijing.Dan sekarang mempunyai rancangan sendiri iaitu Kim Yuna : Kiss & Cry


35.Digital Media City
Seoul Digital Media City merupakan bandar bandar berteknologi tinggi yang pertama di dunia.Bandar tersebut digunakan sebagai tempat penyiaran,pusat beli-belah online,tempat membuat penggambaran filem dan lain-lain.



33.McDonald's delivery
Penghantaran 24 jam sehari dan beroperasi 7 hari seminggu.Tidak bagus untuk sesiapa yang diet



32.Artis kumpulan mendominasi
Dari TV,papan iklan hinggalah packaging makanan,artis kumpulan terutamanya wanita menjadi pilihan syarikat untuk menjadi jurucakap untuk produk mereka.



31.Smart home [rumah pintar]
Jika kita lihat rumah-rumah di dalam drama Korea,mereka hanya perlu menekan kata kunci untuk masuk ke rumah.Tidak perlu membawa kunci.Dan yang terbaru,Samsung akan memperkenalkan penggunaan imbas muka [face recognition] untuk rumah.


21.Handphone internet yang murah.
Dengan kadar bayaran yang murah,pelancong boleh membeli handphone internet yang dikenali sebagai 070 yang memberikan panggilan percuma kepada talian yang sama dan juga wireless percuma.


19.Tiada soalan yang tidak ada jawapan
Dengan talian operator yang beroperasi selama 24 jam,pelancong boleh bertanyakan soalan apa jua yang berkenaan dengan tempat di Korea dalam beberapa bahasa seperti Korea,English dan lain-lain


16.Keajaiban Kimchi
Dengan wabak SARS yang menular dunia pada beberapa tahun yang lepas,Seoul turut sama terkena tempias.Para saintis mengatakan bahawa Kimchi boleh mencegah seseorang daripada menghidap SARS.



10.Pusat membeli belah bawah tanah yang terbesar di Asia.
Dikenali sebagai Coex Mall,terdapat pelbagai kedai di sini termasuk Muzium Kimchi,pusat hiburan,pusat akuatik dan lain-lain




4.Jambatan air pancut yang paling cantik di dunia
Jambatan Banpo tercatat di dalam Guinness World Records sebagai jambatan air pancut yang terpanjang di dunia.




3.Pembantu peribadi yang paling bijak dan murah
Mereka mempunyai servis mengambil pakaian yang dibasuh,penghantaran makanan dan membuat perkara yang susah.Upahan untuk mereka serendah 7,000 Won [RM21.00++]


2.Drama Queen
Seperti yang kita tahu,Korea memang sangat popular dengan drama-drama mereka.Bermula dengan Winter Sonata yang menaikkan nama drama Korea.Dan sejak itu,drama Korea terus popular.


1.Galbi
Daging yang diperap untuk dipanggang.BBQ ini amat popular dalam kalangan pelancong Korea kerana mereka dapat menikmati suasana memasak daging tersebut sebelum makan.Boleh dikatakan seperti Seoul Garden

source : CNNGO