March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU !

Salam semua...

Klik sini

Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Cerita ni sekitar tahun 2002,penulis berusia 10 tahun iaitu darjah 4.Ketika ni ayah penulis sedang terlantar dihospital kerana mengalami sakit buah pinggang dan paru-paru berair.Ibu si penulis gigih bekerja pada waktu siang untuk menanggung si penulis yang masih sekolah dan suaminya yang terlantar di hospital.Pada waktu malam pula dia sibuk menjaga suaminya di hospital.2 bulan genap ayah si penulis berada di hospital dan melihat keadaannya yang sangat terseksa,si ibu membuat keputusan untuk membawa pulang dan akhirnya ayah si penulis menghembuskan nafasnya yang terakhir dirumah sebaik sahaja azan zohor selesai.Disebabkan si penulis masih kebudak-budakan ketika itu dan tidak tahu apa itu ajal dan maut ditangan Tuhan,si penulis bertanya kepada ibunya "Kalau ibu tak bawak ayah balik rumah,mesti ayah ada kat hospital lagi".Ibu si penulis hanya mendiamkan diri saja.Sekarang si penulis sedar dimana kesilapan dia ketika itu dan tahu apa itu ajal dan maut di tangan Tuhan.

Antara ibu dan ayah , siapakah yang anda lebihkan ?
 
Disebabkan ayah si penulis pergi semasa usia si penulis masih muda,jadi dia tidak ada perasaan untuk melebihkan ibu atau ayahnya.Sekarang ibunya menjadi priority.
 
Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua ? 
 
Sama sekali tidak.Melihat orang tua yang ada dirumah orang tua,tertanya dimana kasih sayang mereka terhadap kedua ibu bapa mereka.Mereka harus sedar yang orang tua itulah yang menjaga mereka dari kecil sehingga mereka berjaya.Jadi,kita sama-sama doa agar dijauhkan daripada perbuatan sebegitu.
 
Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka
 
Mereka tak patut berebut harta kerana harta tu sementara sahaja.
 
 

8 comments:

  1. ii Syuk.. singgah baca sini.

    Sedih jugak cerita Syuk ni. T_T

    ReplyDelete
  2. kasih ibu membawa ke syurga kan~!
    sy syg mak ayah saya!~
    hargai mereka sementara masih ada..
    =)

    ReplyDelete
  3. ramziah : yep anak tunggal
    silent thinker btol.sayanglah dyeorg sementara masih ade lagi..

    ReplyDelete
  4. salam singgah n follow!
    memang sedih bila bercerita pasal ibu jadi hargailah ibu anda selagi mereka masih ada...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. ibu kamu terbaik, sama sepertimana Mama Nadh, terbaik buat Nadh.. kita sama2 pastikan, kita jugak jadi anak yang baik, yang soleh buat mereka, dan masa depan, kita ibu bapa contoh buat anak2 kita ya.. ;)

    ReplyDelete
  6. bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...
    serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...

    Al-Fatihah untuk arwah ayah...

    ReplyDelete
  7. trrruutt...trruuuttt..
    ade msg untuk kamoo..
    http://inibelogfyna.blogspot.com/2011/03/review-belog-bersama-fyna_25.html

    ReplyDelete