Top 10 Global Brands

Salam semua...


Hari ni nak share pasal 10 brands yang teratas kat dunia ni pada tahun 2010.

Tempat ke 10 Hewlett Packard

 Syarikat ni daripada Amerika Syarikat.Syarikat ni dari kategori elektronik.Syarikat ni mengeluarkan mesin cetak ataupun printer dulu,tapi sekarang mereka ada keluarkan laptop.Siapa yang pakai printer HP ataupun laptop HP.Tahun lepas syarikat ni dikedudukan 11.

Tempat ke 9 Disney

Siapa tak kenal dengan syarikat ni?Syarikat ni pun berasal dari Amerika Syarikat dan dari kategori media.Banyak benda yang Disney buat berjaya.Filem-filem yang syarikat ni buat meletup.Kartun Mickey Mouse tu wujud sampai sekarang.Syarikat ni dikedudukan 10 tahun lepas.

Tempat ke 8 Nokia




Majoriti orang kat Malaysia ni guna handphone Nokia.Handphone first syuk pun nokia.Dari 3310 sehingga secanggih N8.No wonder syarikat diaorang jadi global brand.Syarikat ni asal dari Finland dari kategori elektronik.Tahun lepas syarikat ni number 5.Jatuh banyak sebab saingan tinggi.

Tempat ke 7 Intel

Syarikat ni berasal dari Amerika Syarikat,dari kategori elektronik.Semua pengguna komputer atau laptop mesti tau intel tu apa.Intel Corporation berjaya naik 2 anak tangga dari tempat ke 9 tahun lepas.

Tempat ke 6 McDonalds

Kegilaan remaja zaman sekarang.Nak-nak ada McValue lunch,lagi korang berebut nak belikan?Asal pun dari Amerika Syarikat,dari kategori restaurant.Kekal di posisi yang sama seperti tahun lepas.

Tempat ke 5 General Electric Company

Tak tahu pun jenama apa ni.Tapi syarikat ni banyak keluarkan product dan service.Yang menariknya,pengasas syarikat ni Thomas Edison.Asal dari Amerika Syarikat  dan jatuh 1 anak tangga di kedudukan tahun lepas.

Tempat ke 4 Google

Syarikat yang melonjak naik dari nombor 7 ke 4.Mungkin disebabkan keluaran operating system Android.Dekat Malaysia laman web kedua paling ramai dilawati selepas Facebook.Asal dari Amerika Syarikat dari kategori Internet Services.

Tempat ke 3 Microsoft


Syarikat jutawan Bill Gates kekal pada nombor 3.Asal dari Amerika Syarikat dari kategori computer software.Terus unggul dengan software dan yang terbaru akan keluar Windows 8.

Tempat ke 2 IBM

Syarikat yang menjual software dan hardware computer kekal di kedudukan yang sama.Asal dari Amerika Syarikat.Disebabkan jualan yang tinggi,brand syarikat ni pun meningkat.Tapi sejuju rnya syuk tak berapa nak tahu sangat pasal brand ni sebab tak popular berbanding yang lain.

Tempat pertama Coca-cola

Kekal nombor 1.Tak tahulah apa yang menyebabkan syarikat ni boleh jadi nombor 1.Asal dari Amerika Syarikat dan dari kategori beverages.Memang semua orang tahukan Coca-cola.Zaman sekarang ni orang cari air gas je dan coca-cola la yang paling laris sekali.

Kalau nak list sampai 100,tengok web site Top 100 Global Brands 2010

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Only Love Korean Drama