March 19, 2011

White Day : Japan & Korean Celebration

Salam semua..



Korang semua tau tak White Day tu apa?White Day tu adalah hari yang disambut oleh orang Jepun dan Korea pada 14 March iaitu sebulan selepas Valentine Day.Kalau Valentine Day yang semua tahu pasangan lelaki mereka akan bagi hadiah seperti bunga,coklat ataupun teddy bear.Tapi kalau dekat Jepun dan Korea Valentine Day adalah hari dimana gadis-gadis memberi hadiah selalunya coklat.Dan White Day adalah hari dimana jejaka-jejaka membalas hadiah yang telah diberi kepada mereka.




Asal celebration ni daripada Jepun yang mula-mula dipanggil sebagai "hari jawapan".Sebab gadis-gadis yang bagi hadiah so,jejaka tu kenalah bagi jawapankan.Kalau sesiapa tengok cerita HanaKimi ada scene yang si gadis bagi hadiah dekat jejaka.Tapi dekat Malaysia ni memang takda sebab macam peliklah kalau tetibe si gadis yang confess dulu kat si jejaka.

Untuk pemberian hadiah,selalunya masa Valentine Day si jejaka lebih suka hadiah seperti home made chocolate sebagai tanda yang si gadis ni benar-benar suka kat si jejaka.


Sebagai balasan,selalunya si jejaka akan memberi cookies,white chocolate,jewelery dan marshmallow.Dan selalunya barang yang diberi sebagai balasan adalah lebih mahal.

 white chocolate

 
cookies

Kalau dekat Malaysia ada celebration ni,agaknya macam manalah ye,bila si gadis yang confess kat si jejaka.Agak pelik dengan budaya kita kat Malaysia ni.

1 comment:

  1. wau.. nmpak mcm sedap je coklat2 ni.. x de ke spa2 nk bg kat aku? aku bukan nak awek tp coklat tu...hehehe

    ReplyDelete