March 3, 2011

PPKP : Pelakon Terbaik Lelaki!!!

Salam semua...

Tajuk entry ni khas untuk program Ahad lepas.Bukan program Anugerah Bintang Popular atau pun Anugerah Skrin,tapi program kat UiTM ni je.Nama program tu student UiTM panggil PPKP tapi tak tahulah pulak nama panjang program tu.Siapa student UiTM korang tahukan program apa ni.Untuk yang tak tahu tu,program ni untuk pembelajaran diluar bilik kuliah means bukan dalam silibus subjek.Macam semester ni, modul komunikasi.So,belajar pasal komunikasilah satu hari tu.Program ni banyak aktiviti daripada ceramah.Ada 5 sesi,daripada berkenalan sampailah pembentangan.Aktiviti ni dibuat ikut kelas time kuliah,so memang dah biasa dengan classmates

Aktiviti yang paling best time berlakonlah.Setiap kumpulan diberi satu situasi dan harus berlakon.Macam group syuk dapat situasi mesyuarat tikus tergempar.Isu kucing.Siapa yang pernah tahu cerita ni?Macam cerita teladan,Arnab dengan Kura-kura tapi seriuosly group syuk memang tak tahu cerita ni.So,dengan idea yang merepek daripada group kitaorang,jadilah cerita yang sangat pelik dan kelakar.

Cerita dia pasal sekumpulan tikus yang dikacau oleh seekor kucing.So,tikus-tikus tersebut buat mesyuarat untuk halau tikus tersebut.Antara ideanya,buat kempen Anti Kucing,Katakan TAK NAK kepada kucing,panggil kucing betinalah.Dan kata sepakat tikus panggil kucing betina.Dipendekkan cerita,kitaorang pun berlakonlah scene kucing betina flirt kucing jantan.Dan kucing jantan tu syuk.Memang jadi kucing jantan gatal habislah time tu.hahaha.Maybe sebab dengan classmate,malu tu kurang sikitlah.Dan disebabkan scene tu kucing jantan dan kucing betina menang award pelakon lelaki dan perempuan terbaik.

Hadiah [tabung]

Memang tak sangkalah,buat merepek je,cuma suara kucing tu je lebih.Mungkin sebab dengan classmate,mampulah belakon macam tu,cuba kalau satu UiTM,seriously tak mampu.Tapi PPKP semester ni lagi best dari semester lepas,sebab kitaorang dah kenal.Dulu semua segan-segan.



Siapa yang dah buat PPKP semester ni,kongsilah pasal PPKP korang!!!!

2 comments:

  1. hahahaha...tettttttt...kucing gatal...kikiki...wei...tabung tu cantik tak???warna ape? gamba apekah???(banyak tanya plak kan?)
    hahahaha....okey..tahniah ye....^_^

    ReplyDelete
  2. tabung gambar teddy bear oke..siap ade tulis best friend forever lagi.hahaa.tq

    ReplyDelete