Extremely Loud and Incredibly Close

Salam semua...



Filem yang diadaptasi dari buku yang bertajuk Extremely Loud and Incredibly Close dari penulis Jonathan Safran Foer.Aku tak pernah dengar pun pasal buku ni tapi bila dapat voucher dulu aku beli buku ni sebab ada 50% diskaun.Bila aku baca sinopsis novel ni boleh tahan jugak.




Novel ni tentang seorang budak yang berumur 9 tahun ingin mencari jawapan untuk kunci yang dijumpai oleh mendiang ayahnya yang pergi disebabkan insiden 9/11. Kunci yang boleh mungkin boleh membuka salah satu pintu atau kotak daripada berjuta-juta yang ada di Bandar New York.


Dalam buku penulis selalu guna perkataan extremely dan incredibly.Disebabkan genre fiction,penceritaan novel ni pun lain dari genre teen yang mudah untuk difahami.Sebab banyak scene flashback dalam novel ni agak susah jugaklah nak faham.Saranan aku better tengok filem ni daripada baca.

Pasal filem pulak,budak tu sangat bagus berlakon.Watak dia sama dalam novel tu.Cuma biasalah,dalam movie mesti ada ubah-ubah sikit.Apa-apa pun okay jugak movie ni.

Comments

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Samsung Galaxy S2 terjual sebanyak 10 juta unit