July 3, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Salam semua...

Tadi ada terbaca satu artikel menarik kat surat khabar KOSMO tentang Kad DIskaun Siswa 1 Malaysia yang telah pun dilancarkan baru-baru ni.


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini dilancarkan untuk memberi diskaun kepada pelajar universiti bagi mengurankan kos sara hidup yang makin meningkat. Kad ini diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.

Kad ini akan diberikan secara percuma kepada pelajar universiti IPTA mahupun IPTS.Kad ini akan diberikan secara berperingkat terutamanya untuk pelajar tahun akhir supaya mereka dapat menggunakan sebelum tamat pengajian.


Terdapat syarikat yang bekerjasama dalam menjayakan program ini.Antara syarikat adalah MPH Bookstore,Borders,KFC,A&W, Bata dan lain-lain.Kesemua syarikat ini akan memberikan diskaun kepada pelajar yang membeli barang di kedai dengan hanya menunjukkan kad diskaun siswa tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia,sila layari laman web 1pengguna

p.s : bila boleh dapat kad ni,macam best je dapat diskaun.aku pun dah tahun akhir ni :D

No comments:

Post a Comment