July 21, 2012

Ramadhan Al-Mubarak 2012

Salam semua...


Bulan puasa kembali.Best bulan puasa sebab macam-macam makanan boleh dapat kat bazar ramadhan.Tapi best lagi bila dapat buka ramai-ramai macam masa sekolah menengah dulu.Seronok.Bukan kat universiti tak seronok tapi bila makan dalam bilik berempat je,macam tak bestkan.

Masa aku kat MRSM dulu,makan ikut homeroom.Memang seronok,semua orang gilir-gilir amik makanan untuk budak homeroom masing-masing.Lepas tu terawikh ramai-ramai.Kalau kat maktab tu memang tak tinggal terawikh,bila kat u,biasalah rasa malas tiba-tiba,ada kelas. Pahala lebih sikit masa sekolah menengah dulu.haha.


Rindu semua

Kalau kat rumah pulak,dulu malam pertama nak puasa arwah nenek aku selalu panggil sebab nak tanya niat bulan puasa.Aku pun ajarlah niat puasa untuk satu bulan sebab takut terlupa nak niat tiap-tiap malam.Sekarang,bacalah niat tu sendiri kalau tak ingat google je.haha.

Semua tu dulu,sekarang dah lain.Life goes on.Kenangan yang best biar disimpan elok--elok .

No comments:

Post a Comment