March 19, 2011

Top 10 K-Pop Leader

Salam semua..

Untuk kipas susah mati k-pop ini senarai leader yang berjaya menambat hati peminat-peminat mereka.Ketua merupakan first impression kepada ahli kumpulan yang lain,kalau bagus personaliti ketua,maka yang lain pun akan menerima tanggapan yang baik.Jom tengok carta leader terhebat k-pop.



Leader 2NE1 di tempat ke 10.Bernaung dibawah YG Entertainment,sama syarikat dengan Big Bang,2NE1 berjaya menempah nama dengan gaya kumpulan mereka tersendiri.CL merupakan ahli kedua termuda selepas Minzy.

9 orang ahli After School,tapi Kahi mampu menonjol dari ahli kumpulan yang lain.Baru sahaja membuat solo debut.



Untuk pengetahuan semua,Yong Hwa bukan leader untuk CN Blue yang sebenar tapi disebabkan kejayaan dia dalam variety show We Got Married & drama You're Beautiful,dia berjaya mempengaruhi CN Blue.Leader sebenar Jong Hyun.CN Blue baru sahaja debut tahun 2010.

DooJoon dari kumpulan Beast mendapat tempat ke 7.Artis yang pernah membuat persembahan di Malaysia baru-baru ni dan berlakon untuk sitcom All My Love.

Merupakan ahli yang paling senior dalam Shinee.Shinee merupakan kumpulan yang famous dengan tarian yang sangat berenergetik.Onew seorang yang kelakar dan mempunyai personaliti yang menarik.

Daripada 13 sehingga 10 orang ahli Super Junior,Lee Teuk masih menjadi leader yang terbaik untuk ahli yang lain.Sangat pandai dalam bidang pengacaraan,selalu menjadi jemputan untuk variety show.

Hyun Joong dari SS501 yang melonjak naik populariti selepas membintangi drama Boys Over Flower dan diikuti dengan Playfull Kiss.

TVXQ yang sangat famous satu ketika dulu,Yunho merupakan leader untuk group tersebut.Pernah berlakon dalam beberapa drama termasuk Heading to The Ground.

G-Dragon merupakan ketua dari super group Big Bang.Mempunyai bakat dalam mengubah lagu dan lagu yang popular digubah adalah Lies dan Haru-haru.

Leader Girls Generation memegang takhta sebagai leader number 1.Suara dia sangat sedap dan selalu keluar dengan single.Sehingga hari ini,mereka tidak mempunyai gossip yang serius walaupun mempunyai 9 orang ahli.

2 comments:

  1. dh btukar,no 1 dkrg Lee Teuk, SuJu kalau x silap..
    SuJu hwaiting!! ^^

    ReplyDelete
  2. gula-gula ngan 24/7 xtermasuk ke???

    ReplyDelete