Siapa peminat Facebook Games???

Salam semua..


Musim cuti semester tengah berlangsung untuk student diploma UiTM seluruh Malaysia.Siapa yang bekerja masa cuti sem ni?Nak kerja macam singkat je cuti kali ni.Sebulan je.So,duduklah dekat rumah and buat apa yang patut.

Yang patut buat kat rumah salah satunya main game dekat Facebook!!!!Tak tahulah kenapa tapi macam best pulak main game dekat facebook tapi tak semua game yang main.Ada 2 game je [kira banyaklah tu kan]..hehe..

Yang pertama sekali game Cityville.Game ni macam buat bandar sendirilah kiranya.Best sebab ada task kita kena buat untuk dapatkan reward.Sekarang ni dah level 68.Lama jugak dah main game ni.Kat bawah ni adalah Syukri's Town.

klik untuk besar

Besar tak?Susah kot nak besarkan bandar ni.Nak request kat orang.Leceh tapi best.Untuk yang berminat untuk jadi perancang bandar dan wilayah,korang sesuai main game ni..

Game yang second ni jadi fenomena dekat facebook sampai ada ura-ura kata nak buat movie based on game ni iaitu Farmville.Game ni game yang paling lama syuk main dan sekarang dah level 99u.Best jugaklah tanam-tanam,jadi pekebun berjaya nanti.


Nampak ada smiley tu?Susah nak susun jadi sampai macam tu.Tapi hasilnya,bolehlah kan.Main game ni ada banyak tips nak banyakkan duit,nak cepat naikkan level.Semua dah belajar..Nak tau?Add lah syuk jadi friend..hehe

Ada game lain yang syuk main macam Sims Social,Cafe World..Tapi tak sekerap 2 game ni.Sebab rasa 2 game ni je macam best.Sesiapa yang nak jadi neighbor boleh la add Facebook.Nanti boleh kita tukar-tukar tips.hehe.Korang ada game yang korang suka main kat Facebook?Boleh kongsi,mana tau best ke,nanti boleh syorkan orang lain =]


Comments

  1. fuyooohhh . semangat gila main . tak sanggup dennn .

    ReplyDelete
  2. pada kaki gamers aku nk introduce game ni kat korang. leh try tgk game ni kat link http://www.anno1777.com/index.php?i=239670 slamat bermain game!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka