Penyebab Migrain yang Sebenar

Salam semua...

Selalunya ramai yang akan mengeluh sakit kepala disebabkan migraine dan ramai menyangka makanan yang dimakan merupakan punca UTAMA kepada migraine mereka.Makan MSG terlebih lah,tak boleh makan itu,ini..Nanti kena migraine.

Kat sini ada 10 sebab utama yang menyumbang kepada Migraine sebenarnya. Dan penyumbang pertama ialah...


  • STRESS.Apa-apa perkara yang kita buat kalau boleh mendatangkan stress.Kita kena berehat dulu,kalau tak stress tersebut akan melarat hingga kita mendapat migraine.

  • HORMON YANG TIDAK STABIL.Jangan asyik nak masam muka je,boleh migraine jugak okay..

  • GANGGUAN KETIKA TIDUR.Elakkan gangguan,pasang lagu instrument sebelum tidur.Sure lentokk punya!!! =p

  • BAU MINYAK WANGI ATAU BAU LAIN.Mahal sekali mana pun minyak wangi tu,kalau buat orang lain pening kepala pun susah jugak.Migraine nanti orang tu.

  • SAKIT LEHER.Ni selalunya kena pada orang yang bekerja menghadap komputer dari pagi sampai malam.Buatlah exercise kepala supaya tak sakit leher.Nanti lagi bertambah kalau migraine pun kena dengan sakit leher
  • CAHAYA LAMPU.Mungkin ada orang yang boleh migraine bila terlalu terdedah dengan cahaya lampu.Bertimbang rasalah kepada orang yang berikut ye.

  • ASAP.Tak kiralah asap apa pun.Daripada rokok atau kenderaan.Asap-asap ni boleh merosakkan paru-paru kita dan jugak menyebabkan kita migraine..

  • TIDUR LEWAT.Bila seseorang tu tidur lewat dan bangun awal pada esok harinya.Kebarangkalian dia untuk migraine tinggi disebabkan tidurnya kurang dari kadar yang biasa.So,tak payahlah nak berjaga malam kalau kena bangun awal.

  • PANAS.Sama jugak macam cahaya cuma yang ni biasa orang alami sebab suhu sekarang makin meningkatkan.

  • MAKANAN.Ini yang paling biasa orang kenakan.Tapi peratusan nak kena migraine kurang daripada 9 yang kat atas ni.Walaupun kurang tapi masih boleh menjadi penyebab kepada migrain,Jadi kawallah pemakanan korang supaya ini tidak menjadi penyebab dan korang jugak akan sihat.



sumber : Reader Digest

Comments

  1. so, bukan je pemakann je kne jage bg elakkan kne migrain..
    gaya hidup pn kne ubah..^_^

    ReplyDelete
  2. saye selalunya disebabkan panas. sebab tu tak suke sangat class petang. boleh mendatangkan migrain dan mood yang tak stabil. haha ;P

    ReplyDelete
  3. mieza : lebih kurang macam tu jugaklah..btol2..tidur lambat tu biase =]
    afique : ouh..tau takpe..dengan panas time petang..pastu mengantuk..migrain.memang tak masuklah lect ajar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Korean Rice Cake Dubokki

Subway Pertama di Melaka