Baru-baru ni syarikat SM Entertainment telah pun menjayakan konsert SM Town Live World Tour in New York dan barisan artis yang berada dibawah naungan SM Entertainment sendiri telah menjayakan konsert tersebut.
Konsert yang berlangsung pada 23 Oktober di Madison Square telah berjaya mengumpulkan seramai 15 ribu peminat Kpop di seluruh New York. Dan yang membanggakan mereka adalah artis Asian pertama yang membuat persembahan di Madison Square.
Dalam konsert tersebut Girls Generation menyanyikan lagu terbaru mereka dalam versi Bahasa Inggeris buat kali pertama.
Konsert mereka mendapat perhatian pihak media di New York sehingga mereka telah menjadi muka depan untuk pada bahagian dalam akhbar The New York Daily.
Billboard juga telah menulis artikel mengenai konsert tersebut kerana berjaya menjadi artis pertama artis pop Asian yang pertama membuat persembahan di Madison Square.
Sebelum ini mereka pernah mengadakan konsert mereka di Paris,L.A dan juga Jepun dan semua konsert yang diadakan mendapat sambutan hangat bagi peminat kpop.Memang fenomena sangat rasanya kpop ni kat seluruh negara.ada satu episode Star King orang US datang buat persembahan sempena dengan Korean Wave.
No comments:
Post a Comment