October 31, 2011

90% peserta Masterchef Malaysia Tak Pandai Masak - Chef Wan

Salam semua..

Sekarang ni rancangan yang mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia adalah Masterchef Malaysia yang telah diadaptasi dari rancangan realiti popular dari UK kalau tak silap.Dah banyak rancangan realiti memasak macam Hell Kitchen,Top Chef.Siapa dah pernah tengok rancangan memasak ni?Apa pendapat korang tentang peserta untuk musim pertama Masterchef Malaysia?


Dalam artikel yang ditulis di Harian Metro,mereka meminta pendapat chef terkemuka Malaysia iaitu Chef Wan dan beliau mengatakan hampir 90% peserta tak pandai masak.Begini petikannya..

“Setelah menonton sendiri program itu, saya berpendapat 90 peratus daripada peserta memang tidak berbakat. Kalau orang yang pandai masak, mereka tidak perlu lagi diajar perkara-perkara asas dalam memasak. Ini saya tengok, ramai yang terkial-kial. Hendak guna pisau yang betul untuk memotong bahan-bahan dapur pun masih ada yang tidak tahu."


Mesti korang pernah tengok rancangan memasak dari luar negarakan,macam Masterchef US,Masterchef Australia.Korang rasa macam mana?Kita cuba compare dengan Masterchef Junior Australia.Pada pendapat aku,memang jauh beza.Idea nak buat jadi gempak untuk Masterchef Malaysia dah ada macam mempopularkan masakan orang Malaysia,cuma perlaksanaan kurang menjadi.Itu pada pendapat aku lah.


pemenang junior Masterchef season 1

ni contoh makanan yang Isabella pernah masak

Bagi yang minat memasak tu,korang mesti tengok junior masterchef dan korang tengok betapa hebat dorang memasak.Mesti korang terliur tengok masakan dorang.


5 comments:

  1. saya peminat masterchef australia, masa cabaran memasak diorang takde resipi pun kan, maserchef malaysia siap bagi resipi lagi. hihihi

    ReplyDelete
  2. Saya pun peminat masterchef junior australia.Saya masih tidak boleh percaya yang budak-budak tersebut handal memasak!

    ReplyDelete
  3. asyikin : btol2..takpe..kite tgk je nnti dah beberape minggu.. =]

    syun : tau takpe..memang hebat dak2 tu masak..

    ReplyDelete