October 19, 2011

SNSD Third Album The Boys

Salam semua...

Kumpulan Kpop yang sensasi kembali dengan album yang ketiga bertajuk The Boys.Album mereka kali ni mempunyai 12 lagu dan single pertama mereka untuk album kali ini berjudul The Boys.Salah seorang producer yang menjayakan album ini ialah Teddy Riley iaitu seorang producer America yang pernah bekerja dengan Michael Jakson.


Jom tengok MV untuk lagu The Boys ni.Serious lawa masing-masing.

Yang menarik tentang lagu The Boys ni,mereka membuat 2 versi iaitu Bahasa Korea dan Bahas Inggeris.Album mereka juga dipasarkan di Amerika Syarikat.Dan promosi yang mereka adakan sangat gempak.Sebelum tu tengok pulak The Boys versi english.

Teaser untuk album baru mereka ni telah ditayangkan dibandar-bandar besar diseluruh negara dan ditayangkan di TV besar iaitu di Korea sendiri,Jepun,China dan juga di Times Square,New York City.Memang dah macam international artist pulak.


Beberapa jam sahaja album mereka dilancarkan,mereka mendapat tempat pertama ni dalam laman web yang meyediakan perkhidmatan membeli lagu seperti Dosirak dan Naver dan album mereka juga tersenarai di dalam carta Top 100 di iTunes.Apa pun mereka akan buat comeback di KBS Music Bank pada 21 Oktober ni.

No comments:

Post a Comment