June 30, 2012

Segmen Bloglist Julai by Raihan

Salam semua...


First time join segment dari Raihan.Dah follow and like page.Nak join sila klik banner kat atas ni.

Tamat Segmen : 30 June, jam 10 malam.

Peserta bertuah dapat doodle free okay :D

June 29, 2012

The Moon That Embraces The Sun Korean Drama

Salam semua...


Drama rating tertinggi untuk separuh tahun pertama 2012.Itulah title yang dipegang oleh drama ini kerana drama ini mencecah hingga 45% rating.Bermakna 45% dari orang Korea menonton drama ni.

Drama ni mempunyai 20 episode dan berlatar belakang pada zaman dahulu.Ia tentang cinta seorang Raja kepada seorang perempuan bomoh.Hero drama ni ialah Kim So Hyun,pelakon drama popular Dream High dan heroin pula Han Ga In,pelakon filem Introduction to Architecture.


June 28, 2012

Neverland TV miniseries

Salam semua...

Siapa yang tahu cerita Peter Pan,budak lelaki yang boleh terbang.Banyak sangat adaptasi dari cerita kartun hingga filem dan yang paling terbaru adaptasi ke miniseries untuk televisyen.


Minisiri ni mempunyai 2 episod dan telah ditayangkan di Fox Movie Premium di Malaysia bulan 5 yang lalu.Siri ini merupakan prequel untuk cerita Peter Pan sebab cerita ini menceritakan bagaimana muncul tempat yang bernama Neverland.


Dalam cerita ni juga diceritakan bagaimana terjadinya watak Captain Hook.Memang best cerita ni sebab diceritakan macam mana Peter Pan boleh terbang.Kalau cerita ni dijadikan series pun best jugak sebab sekarang ni aku layan cerita fantasi.

June 27, 2012

AEON Member Day

Salam semua..

Untuk pengetahuan especially orang Melaka.Hari Khamis ni bersamaan dengan 28 Jun 2012 ada AEON Member Day di Jaya Jusco Ayer Keroh Melaka.Siapa yang dah biasa memang tahu apa tu Member Day. Event ni terbuka untuk ahli AEON sahaja. Harga barang memang dapat diskaun untuk hari tersebut dan setiap pembelian yang ditetapkan akan dapat boucer.


Sorry gamba kecik.Sebelum ni AEON Member Day dikenali sebagai J Card Day.Berikut detail untuk hari tersebut.

Date : 28 June 2012 (Thursday)
 
Time : 9.00am - 11.00pm
 
Venue : AEON Melaka (Ayer Keroh)

You are welcome to bring along TWO(2) friends.
 
(Please present your AEON MEMBER / J CARD upon entry)

June 26, 2012

Introduction to Architecture Korean Movie

Salam semua...

 

Movie Korea 2012 yang paling hot sekarang ni.Super romantik dan barisan pelakon yang popular. Movie ini telah ditayangkan pada bulan 3 yang lalu di Korea Selatan dan mendapat box office tertinggi untuk tahun 2012.

Untuk peminat drama korea,siapa yang tak tahu barisan pelakon yang hebat ni.Mereka ialah Uhm Tae Woong, Han Ga In, Bae Suzy dan Lee Je Hoon.Mereka ni semua pelakon yang berbakat. Dan tak sah kalau pelakon yang gempak berlakon dalam filem yang hebat. 


Tak tahulah macam mana penulis skrip tu dapat idea movie ni tapi memang superb olahan movie ni.Untuk pengetahuan korang,movie korea agak pelik jalan ceritanya.Dalam movie ni,korang boleh tengok love story antara remaja dan orang dewasa.

 
Cantik Suzy

June 25, 2012

Yuna dalam laman web Billboard.com

Salam semua..

Antara laman web yang aku selalu tengok adalah Billboard.com untuk tahu lagu-lagu yang terkini.Semalam,aku buka laman web Billboard dan tengok featured content dan tiba-tiba nampak gambar Yuna.



Terkejut aku tengok Yuna masuk Billboard.Memang gempak sebab bukan calang-calang artis dapat featured kat Billboard tu.Dalam Billboard tu dia dapat nyanyi lagu dia sendiri dan dapat buat sesi soal jawab dengan Billboard.Dan yang paling membanggakan bila artikel pasal Yuna mention dia orang Malaysia.Bangga sekejap.

 

June 24, 2012

Up Follower & Tambah Kenalan Part II

Salam semua...


miss Z berceloteh

Bilangan follower sedia ada : 539
Asal : Melaka

Nak join?Klik gambar tersebut.

p.s : yeah.join lagi miss z punya segment :)

June 22, 2012

Tutorial : Buat Page About Me Lebih Menarik

Salam semua...

Aku pernah ingat lagi seorang blogger pernah tulis dalam blog dia yang kita mesti mempunyai page atau column untuk perkenalkan diri kita sebagai blogger.Aku pun rasa sangat penting sebab dengan cara tu blogger-blogger lain boleh kenal kita dengan lebih mudah.

 

Ini bukan macam tutorial tapi lebih kepada info untuk memperkenalkan diri seseorang blogger tu lebih menarik.Simple je.Korang cuma perlu daftar di laman web about.me dan mula mengkreatifkan diri.

 

Aku ni jenis yang tak pandai berpuitis,so kena guna cara lain untuk memperkenalkan diri.Inilah rasanya yang paling menarik dan simple bagi aku. Pilih gambar yang menarik,tulis sikit biodata korang,link apa yang patut dan siap.Senang sangat.

June 20, 2012

Wordless Wednesday : Stabucks Happy Hour

Salam semua..



Ramai-ramai serbu Starbucks sebab dapat 50% less.Jangan risau.Starbucks disahkan Halal oleh Jakim Malaysia dari segi kandungan dalam makanan tersebut.

June 19, 2012

B.A.P in Malaysia

Salam semua...

Kumpulan rookie dari Korea Selatan bakal mengadakan showcase mereka yang pertama di Malaysia pada 6 Julai 2012 di KL Live Centre,Kuala Lumpur.



Mereka yang debut pada awal tahun 2012 telah mendapat perhatian peminat k-pop kerana mempunyai personaliti berbeza dari kumpulan k-pop yang lain.Kini mereka mempunyai 2 single iaitu Warrior dan single terbaru yang bertajuk Power.





June 17, 2012

Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical

Salam semua...




Sempat lagi kalau nak join.Sampai 11.59 malam ni.Jom join.Klik banner :D

Percy Jackson and The Olympians Boxed Set

Salam semua...


Setelah sebulan menunggu packaging dari Amazon.com,akhirnya barang yang aku beli sampai jugak.Tu lah barang yang aku beli dari laman web Amazon.Bukan kat Malaysia tak ada boxed set tu tapi mahal.Walaupun campur shipping tetap murah lagi berbanding yang dijual di Malaysia.

Novel ni macam Harry Potter sebab novel ni bersiri.Ada 5 siri semuanya iaitu The Lighting Thief,The Sea Monster, The Titan Curse, The Battle of The Labyrinth dan The Last Olympian.



Aku tertarik nak baca buku ni bila buku pertama,The Lighting Thief diadaptasi menjadi filem fanstasi dan memang menarik sangat filem tu bila aku tengok.Terus aku tertarik nak baca buku ni.Aku kan pernah kerja kedai buku,lagi lah mood nak membaca tu bertambah sebab  hari-hari dah mengadap buku je.

Siapa yang tak pernah tengok filem tu,korang patut tengok sebelum filem keduanya The Sea Monster yang akan dikeluarkan dalam tahun depan.

June 16, 2012

Perlukan Pertolongan Bloggers Lain!!!

Salam semua...

Empunya blog ni sangat memerlukan pertolongan blogger-blogger yang lain.Ceritanya mula begini,aku memang akan bukak laman web blogger hari-hari walaupun tak tulis entry.Semalam lepas balik dari kampus,sampai je rumah aku terus on laptop dan terus bukak blogger.

Lepas habis loading,aku nak scroll ke bawah sebab nak tengok latest entry untuk blog yang aku follow.Then,tiba-tiba je jadi macam ni.

klik untuk besar

Aku pun ingatkan jadi dalam beberapa jam je sebab kawan blogger aku PCB cakap mungkin akan hilang dalam beberapa jam.Tapi bila aku bukak hari ni still keluar lagi.Risau pulak aku,tak ada apa yang berubah disebabkan error ni cuma tak boleh tengok list entry yang dah post,comment and stat.

June 15, 2012

Save Our School Korean Drama

Salam semua...


Drama ni disiarkan di KBS World dan mempunyai 2 episode.Drama ini adalah special drama dari KBS.

Drama ni mengisahkan tentang satu kebakaran yang berlaku disekolah dan telah menyebabkan seorang murid disekolah tersebut mati akibat kebakaran.Memang tragis pun sebenarnya drama ni.



June 14, 2012

Hello Baby MBLAQ

Salam semua...


Siapa yang selalu layan variety show korea?Mesti korang tahu pasal satu variety show yang artist kena jaga baby.Variety show ni dah 5 musim sekarang dan yang terbaru Hello Baby MBLAQ.

Mereka ni kena jaga 3 orang baby kacukan korea dan negara lain.Mestilah bila dengar kacuk mesti muka dorang comel-comel.Salah satu yang aku pernah buat post pasal anak lelaki dorang iaitu Leo.Lagi 2 anak dorang ialah Lauren dan Dayoung

Lauren

 Dayoung

June 13, 2012

Wordless Wednesday : iOS6 World's Most Advanced Mobile OS

Salam semua...


Baru dilepaskan beberapa hari yang lalu.Menggantikan iOS 5 =)

June 12, 2012

Makanan Sihat Yang Mungkin Anda Tidak Makan

Salam semua...

Zaman sekarang banyak sangat makanan yang tidak sihat yang sangat digemari termasuk makan ringan yang menggoda masyarakat dengan harga yang murah.Walaupun banyak makan yang tidak berkhasiat tapi banyak juga pilihan untuk makanan yang berkhasiat tetapi jarang diambil oleh masyarakat sekarang kerana tidak mempunyai rasa yang menarik.

Antara makanan yang mungkin tidak dimakan oleh masyarakat sekarang adalah :

  1. Pepitas (Biji Labu)

Banyak khasiat yang terdapat dalam biji labu antaranya lemat yang tidak tepu,kalsium, vitamin B, serat dan lain lagi.Cara terbaik untuk menghidangkan biji labu dengan cara mencampurkan di dalam salad dan makan bersama dengan salad.
 

     2.  Tahini ( Pes Biji Bijan)

Bagi yang tak tahu pes,ia merupakan biji bijan yang dihancurkan menjadi halus.Pes biji bijan kaya dengan protein, serat, kalsium, vitamin E dan antioksidan. Pes biji bijan ini juga dijadikan snek di negara Arab.


    3.  Prun

Buah prun tidak asing bagi rakyat Malaysia kerana buah prun telah dikomersialkan kepada rakyat Malaysia. Buah ini kaya dengan serat,iron, potassium, rendah kalori berbanding buah-buahan kering yang lain.


    4.  Barli


Barli juga dikenali oleh masyarakat Malaysia kerana kebanyakan kedai menyediakan air barli sama ada sejuk atau panas. Barli kaya dengan serat larut dan boleh digantikan dengan nasi.

   5.  Turmeric (Kunyit)


Tergolong dalam rempah ratus yang biasa digunakan di dalam masakan kari. Kunyit kaya dengan antioksidan yang setanding dengan buah strawberi, rasberi, dan ceri.

June 10, 2012

Sungha Jung Fingerstyle Guitarist

Salam semua...


Siapa kenal Sungha Jung,salah satu fingerstyle yang popular sekarang ni.Dia juga merupakan artis Youtube kerana popular setelah videonya menjadi bualan ramai.Sungha Jung ni berasal dari Korea Selatan dan dilahirkan pada tahun 1996.Walaupun berusia muda,tapi dia ni sangat pandai main guitar dan bila korang dengar dia petik gitar.Mesti rasa kagum habis.Nak dengar?

Pirates of The Carribbean

June 9, 2012

Adele Live in Royal Albert Hall

Salam semua...


Aku baru je tengok konsert Adele Live in Royal Albert Hall dan memang aku kagum dengan suara dia.Jujur,mula-mula memang aku tak minat Adele ni and bila keluar lagu Someone Like You,aku terus suka sebab lirik lagu tu sangat best

Dan yang paling buat aku suka dia masa dia perform live lagu Someone Like You dan semua penonton ikut sama.Memang nice.

Buat siapa yang tak kenal Adele,dia berasal dari London,UK dan berumur 24 tahun.Aku memang terkejut bila tahu umur dia baru 24 tahun sebab dress up dia tak macam 24 tahun.

Ada gaya 24 tak?

Tapi suara  memang tip top.Semua lagu dia memang superb.Grammy Award sampai 6 award sekali dia dapat.Billboard Award 2012 dapat 12 award.Memang tabik. Siapa tak minat salah satu lagu yang top dari dia memang pelik.

June 8, 2012

Tutorial Reply Button

Salam semua..

Sebenarnya memang teringin nak buat tutorial tapi tak tahu nak buat tutorial apa.Ada sorang blogger, Hans Mohd tanya tentang cara nak buat reply comment kat dalam blog.Aku pun dengan ringan jari pun ingin berkongsi dengan blogger yang lain.

Langkah yang pertama.
Buka dashboard blog dan klik setting.Lepas tu klik other.Pilih Full untuk Allow Blog Feed.Seperti gamba dibawah

save image

 Langkah kedua.
Lepas dah klik other,klik pula kat posts and comments.Pilih Embedded untuk Comment Location.