February 26, 2011

PIKOM PC Fair at MITC Melaka

Salam semua..


Ingatkan tak dapat pergi sebab ada camping,tapi camping batal,so bolehlah pergi.Dengan keadaan cuaca yang sangat membahang ni,still pergi jugak.Sudah tentu ramai pengunjung kalau event macam ni.Bukannya beli apa pun,setakat nak cuci mata tengok gadget baru,nak beli tak mampu.So,tengok je lah.Beli ink printer je,nak beli mouse,mahal-mahal semua,tunggu yang lama rosaklah,baru dapat seru tukar yang baru.Flyer yang dapat memang tak payah cakap,sebeban bawak balik,flyer laptop,antivirus,broadband semua lengkap.Korang pilih je yang mana korang nak,cuma sediakan duit.Yang syuk perasan,ada 2 booth yang baru kat Melaka.Booth Mac City,jual barang Apple & lagi 1 booth P1 WiMax.Harus pergi booth Apple,dia display,Ipod Touch [idaman kalbu],Iphone,Ipad dengan Macbook.Seronok tengok tapi tengok je la kan.



Ituje lah rasanya nak bagi tahu,sesiapa yang nak pergi still sempat lagi sebab event sampai esok.Yang selain dari Melaka,boleh tengok jadual kat sini.PIKOM PC Fair 2011


Cerita kat bawah ni sekadar selingan...

Before pergi PC Fair,sempat basuh kereta dekat Smart Cyclone.Rasanya semua kenal kot tempat basuh kereta ni,untuk sesiapa yang tak tahu,tempat basuh kereta ni semi-automatic.Separuh orang basuh,separuh lagi mesin yang basuh.Yang menariknya,sekejap je basuh,tak sampai 10 minit[kalau tak ramai orang] dan yang paling penting murah.Kat area Melaka Tengah ada 2 je kedai ni kalau tak silap.

RM 4.00 kereta
RM 5.00 van,mpv,4wd

Semua yang kerja kat situ pekerja asing,bila tengok diaorang kerja dah macam mesin sebab tak putus-putus kereta datang basuh.Memang penatlah kan.

Memang berderet-deret kereta nak basuh kat sini.Orang pun jadi mesin

No comments:

Post a Comment